Sejak akhir-akhir ini masyarakat dunia semakin peka terhadap
kepentingan dan kemajuan bidang bioteknologi didalam aspek
penjagaan kesihatan juga pertanian. Kemajuan bidang ini bukan
lagi terhad kepada negara-negara maju malah ia juga telah
tersebar secara global dengan perkembangan yang amat ketara ke
serata dunia.
Umumnya kini, ramai telah mengetahui sebahagian besar masalah
kesihatan yang berlaku adalah berpunca dari pemakanan yang
tercemar dan beracun akibat penggunaan bahan kimia yang
berlebihan pada tanaman dan ternakan serta penggunaan bahan
pengawet dan racun terlarang. Justeru itu satu mekanisma
pencegahan perlu di pertimbangkan sewajarnya pada peringkat awal
pengeluaran sumber makanan supaya bekalan yang diterima oleh
pengguna adalah bersih, segar dan selamat.
- Worldwide Fertilizers (M) Sdn Bhd sentiasa giat berusaha memantau
kualiti dan kesan efektif produknya terhadap industri
pertanian. Beberapa plot pengujian dilaksanakan dan maklumat
testimoni pengguna dikumpul. Dari masa ke semasa syarikat
sentiasa peka dan bersedia dengan R&D.
- Worldwide Fertilizers dengan rasa penuh tanggungjawab
berusaha menyediakan beberapa pilihan produk terbaik untuk
industri pertanian di seluruh dunia. Tanpa memingirkan
kepentingan ekosistem dan alam sekitar, Worldwide Fertilizers amat meyakini bahawa produk-produk yang diketengahkan amat
berpotensi dan berdaya maju dalam permintaan industri baja
negara malah menjangkau hingga ke peringkat antarabangsa.
Menjadi sebuah syarikat yang berupaya membekalkan produk-produk pertanian khususnya dalam industri baja yang berteknologi tinggi
khususnya didalam Negara dan amnya di peringkat
antarabangsa serta berdaya maju tanpa meminggirkan aspek pencemaran yang mengancam ekologi dan ekosistem dibumi ini.
Sebagai sebuah syarikat yang mampu bersaing dan berdaya maju dalam membekalkan produk-produk yang bermutu dan kompetatif kepada pengguna seterusnya merangsang kepada pengeluaran pertanian Negara.
Ketidaksuburan tanah merupakan faktor utama mengapa
tanaman tidak mengeluarkan hasil yang maksimum dan
berkualiti. Nutrisi yang seimbang amat penting dalam
pertumbuhan sesuatu tanaman dimana ianya menyumbang
kepada tumbesaran total tanaman.
Baca lagi..