| Perkara: | Beberapa Unsur Nutrien Yang Diperlukankan Oleh Tanaman :
Karbon (C), Hidrogen (H), Oksigen (O), Nitrogen (N), Phosphorus (P), Kalium (K), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Belerang (S), Besi (Fe), Mangan (Mn), Boron (B), Mo, Tembaga (Cu), Seng (Zn) dan Klor (Cl). Unsur nutrien tersebut tergolong sebagai unsur nutrien utama yang diperlukan.
Berdasarkan jumlah keperluannya bagi tanaman, ianya boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama.
1. Unsur Nutrien Makro (Unsur nutrien yang diperlukan tanaman dalam jumlah besar). Unsur nutrien makro meliputi: N,P, K, Ca, Mg, S
2. Unsur Nutrien Mikro (Unsur nutrien yang diperlukan tanaman dalam jumlah kecil) Unsur nutrien mikro meliputi : Fe,Mn,B, Mo, Cu, Zn, Cl
KEPERLUAN NUTRIEN DAN SUMBERNYA
Secara semulajadi, sebenarnya unsur nutrien makro sudah tersedia dalam tanah, namun dalam keadaan tertentu perlu pengurusan oleh manusia agar keperluannya menjadi cukup. Secara ringkas, perlu adanya pembajaan pada tanaman.
Terdapat pelbagai jenis baja di pasaran. Namun secara kasar ianya terbahagi kepada dua, iaitu baja semulajadi (organik) dan baja buatan (bukan organik). Tujuan pembajaan adalah bagi memenuhi keperluan nutrien oleh tanaman. Unsur nutrien tersebut ada yang diperlukankan tanaman dalam jumlah yang banyak, ada pula yang diperlukan hanya dalam jumlah yang sedikit.
Unsur nutrien yang diperlukankan dalam jumlah yang banyak oleh tanaman, itulah yang disebut unsur nutrien makro.
Bersambung.... |