KEARAH PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGARA

Sejak akhir-akhir ini masyarakat dunia semakin peka terhadap kepentingan dan kemajuan bidang bioteknologi didalam aspek penjagaan kesihatan juga pertanian. Kemajuan bidang ini bukan lagi terhad kepada negara-negara maju malah ia juga telah tersebar secara global dengan perkembangan yang amat ketara ke serata dunia.

Umumnya kini, ramai telah mengetahui sebahagian besar masalah kesihatan yang berlaku adalah berpunca dari pemakanan yang tercemar dan beracun akibat penggunaan bahan kimia yang berlebihan pada tanaman dan ternakan serta penggunaan bahan pengawet dan racun terlarang. Justeru itu satu mekanisma pencegahan perlu di pertimbangkan sewajarnya pada peringkat awal pengeluaran sumber makanan supaya bekalan yang diterima oleh pengguna adalah bersih, segar dan selamat.

  • Worldwide Fertilizers (M) Sdn Bhd sentiasa giat berusaha memantau kualiti dan kesan efektif produknya terhadap industri pertanian. Beberapa plot pengujian dilaksanakan dan maklumat testimoni pengguna dikumpul. Dari masa ke semasa syarikat sentiasa peka dan bersedia dengan R&D.
  • Worldwide Fertilizers dengan rasa penuh tanggungjawab berusaha menyediakan beberapa pilihan produk terbaik untuk industri pertanian di seluruh dunia. Tanpa memingirkan kepentingan ekosistem dan alam sekitar, Worldwide Fertilizers amat meyakini bahawa produk-produk yang diketengahkan amat berpotensi dan berdaya maju dalam permintaan industri baja negara malah menjangkau hingga ke peringkat antarabangsa.
Nutrisi Tanaman

 Ketidaksuburan tanah merupakan faktor utama mengapa tanaman tidak mengeluarkan hasil yang maksimum dan berkualiti. Nutrisi yang seimbang amat penting dalam pertumbuhan sesuatu tanaman dimana ianya menyumbang kepada tumbesaran total tanaman. Baca lagi..

 


Visi
Menjadi sebuah syarikat yang berupaya membekalkan produk-produk pertanian khususnya dalam industri baja yang berteknologi tinggi khususnya didalam Negara dan amnya di peringkat antarabangsa serta berdaya maju tanpa meminggirkan aspek pencemaran yang mengancam ekologi dan ekosistem dibumi ini.
Objektif
Sebagai sebuah syarikat yang mampu bersaing dan berdaya maju dalam membekalkan produk-produk yang bermutu dan kompetatif kepada pengguna seterusnya merangsang kepada pengeluaran pertanian Negara.
Facebook