Kaedah Pengunaan
1. Ringkasan Kaedah Pembajaan Pelbagai Jenis Tanaman
Jenis Tanaman  Kuantiti  Cara 
KELAPA SAWIT  100 kg / ekar  3 kali setahun 
POKOK GETAH  100 kg / ekar  2 kali setahun 
SAWAH PADI  100 kg / ekar  2 kali semusim 
SAYURAN
(kobis,lobak, bawang, tomato,kacang dan lain-lain) 
100 kg / ekar  Semasa penyediaan tanah dan tabur di bawah tempat semaian
(100g - 200g / semaian) 
TANAMAN LADANG
(padi, jagung, kentang, kacang hijau, dan lain-lain) 
75-125 kg / ekar  Tabur keliling tanaman atau di antara garisan tanaman 
POKOK BUAH
(limau,betik, laici,anggur, rambutan, durian,pisang, koko dll) 
100-200 kg / ekar  Tabur keliling pokok
setiap 3 bulan 
TAMAN / KEBUN BUNGA
(bunga ros,matahari,jasmine dll) 
100-200 kg / ekar  Tabur keliling pokok
2kali sebulan 
TUMBUHAN / TANAMAN PASU  100g - 200g / semaian  Tabur keliling pokok
2kali sebulan 
2. Tanaman Pokok Kelapa Sawit
Umur Anak Benih ( Bulan)  Kuantiti Baja Digunakan (kg)
700 g dilarut dalam 5liter air dan disiram setiap minggu untuk 100 anak benih 
1 g / pokok pada selang seminggu 
3-4  5 g / pokok 
5-6  10 g / pokok 
7-8  15 g / pokok 
9-10  20 g / pokok 
11-12  30 g / pokok 

Tabur sekeliling diluar sempadan kanopi pokok sawit sebanyak 3 bulan sekali.
Umur Anak Benih ( Tahun)  Kuantiti Baja Digunakan (kg)
2-4  1-3 
4-6  3-4 
6-8  4-5 
8-10  5-6 
Melebihi 11 Tahun
3. Tanaman Padi
Biji Benih
Rendam benih dalam larutan ZEO G5 FERTILIZER (100gm =1kg) selama 24 jam dan toskan 24 jam untuk mendapatkan benih pra-cambah (pecah mata).
Peringkat Penanaman Padi 
Peringkat 1: 
Tabur baja sekitar kawasan tanaman padi sebanyak 100kg/ ekar sehari sebelum menanam kemudian gemburkan tanah sawah tersebut.  atau Guna baja sebanyak 75-100 kg / ekar selepas 20-30 hari menabur.
Peringkat 2:  
Guna baja sebanyak 75-100 kg / ekar selepas 15-20 hari padi ditanam. atau Guna baja sebanyak 75-100 kg / ekar selepas 50-60 hari menabur
Peringkat 3: 
Guna baja sebanyak 75-100 kg / ekar semasa peringkat kejadian tangkai 
Peringkat 4:
Guna baja sebanyak 75-100 kg / ekar selepas 10-15 hari kejadian tangkai.
4. Tanaman Pokok Getah
Penggunaan 1: 
(bemula musim hujan, selepas daun gugur) Tabur 1 kg ZEO G5 FERTILIZER keliling pokok getah dengan jarak 1-3meter jauh dari pokok tersebut. 
Penggunaan 2: 
(1-2 bulan sebelum bermula musim hujan) Tabur 1 kg ZEO G5 FERTILIZER keliling pokok getah dengan jarak 1-3 meter jauh dari pokok tersebut. 
Nota:  
i. Untuk kawasan hujan lebat, atau tanah curam, atau tanah keras, tanah hendaklah digemburkan selepas membaja.
ii.Untuk tanah berpasir atau tanah liat, baja hendaklah dibahagikan kepada banyak bahagian penggunaan. 
iii.Kawasan sekeliling pokok hendaklah dibersihkan sebelum proses membaja dijalankan. 
5. Tanaman Pokok Pisang
Penggunaan baja yang berlebihan ke atas pokok pisang boleh menyebabkan kekurangan kalsium. Kekurangan kalsium ini mengakibatkan daun menjadi kecut dan berlipat pada masa yang sama pelepah pisang menjadi lembut dan
lemah.
ZEO G5 FERTILIZER mengandungi peratusan kalsium dan lain-lain unsur yang tinggi yang diperlukan oleh pokok pisang. Selepas penggunaan, daun pisang akan menjadi tegang dan mempunyai pelepah yang kuat
Terdapat 3 cara penggunaan
a) 30g – 50g besar per semaian :
Semasa penyediaan tanah gunakan baja untuk ditempatkan ke dalam tapak semaian
b) 2-3 kg per pokok:
Semasa peringkat awal (Pokok pisang muda) iaitu ketika pucuk mula keluar. Tabur keliling pokok pisang dengan jarak 0.5-1 meter dari pangkal pokok atau di luar sempadan kanopi pokok
c) 2-3 kg per pokok :
Bagi pertumbuhan penuh pokok pisang. Selepas pucuk dipotong, tabur baja keliling pokok pisang 0.5-1meter dari pangkal pokok atau diluar sempadan kanopi pokok.
6. Pokok  Buah Buahan
Kadar kuantiti ZEO G5 FERTILIZER
Untuk pokok kecil : 1-2 kg per pokok
Untuk pokok besar: 3-4 kg per pokok
Kekerapan : Setiap 3 bulan sekali.
Tanaman berumur 1-2 tahun:
i. 30g – 50g untuk ditaburkan dipangkal pokok
ii. Guna 1-2 kg / pokok setahun dimana baja dibahagikan kepada 2 bahagian yang sama
iii. Bahagian pertama semasa musim hujan bermula, bahagian kedua ketika musim hujan berakhir.
iv. Tabur merata keliling pangkal pokok, kemudian gemburkan tanah untuk menutupi baja
Tanaman berumur lebih dari 3 tahun:
i. Selepas buah dipetik dan dahan dipotong, kuantiti baja diperlukan adalah 3- 4kg / pokok dengan tabur keliling diluar sempadan kanopi pokok, kemudian guna tanah untuk menutupi baja.
ii. Guna sukatan yang sama apabila pokok buah mula mengeluarkan daun baru untuk kali kedua
iii. Semasa pokok dalam proses mengeluarkan bunga (sebelum berbunga 2-3 bulan)
iv. Semasa buah berputik (sebulan selepas berbunga) guna 1-2kg/pokok.
v. Lebih kurang sebulan sebelum buah mula dipetik, guna 1-2 kg/pokok.
PASTIKAN kawasan disekeliling tanaman buah-buahan tersebut DIBERSIHKAN dahulu sebelum pembajaan dilakukan
7. Lapangan Golf & Padang Rumput.
Dalam pengurusan pembinaan lapangan golf atau penyelenggaraan padang rumput, penggunaan ZEOLITE dalam struktur tanah adalah begitu baik kerana ZEOLITE mampu meneutralkan kandungan kimia dalam tanah dan tindakbalas dengan mineral tanah menyebabkan tanah menjadi subur, ianya boleh menstabilkan pertumbuhan rumput dan mempertingkatkan kualiti padang rumput.

Penggunaan ZEOLITE untuk lapangan golf di Amerika Syarikat dan Jepun sudah terbukti dengan kesuburan rumput serta kelancaran penyerapan air dan udara ke dalam tanah. Penggunaan secara intensif akan membuat lapangan golf dan padang rumput semakin hijau.

Di Malaysia, ZEO G5 FERTILIZER amat sesuai untuk tujuan tersebut.
Atas Rumput
Cara :1kg baja untuk kawasan 10 meter persegi
Kekerapan : sekali setiap 3 minggu

Laluan
Cara :1kg baja untuk kawasan 10 meter persegi
Kekerapan : sekali sebulan