Adalah amat penting kepada semua untuk mengetahui bahawa baja kimia atau mana-mana bahan pemangkin tanah berasaskan kimia yang lain hanya boleh di gunakan sebagai tambahan kepada bahan organik sediaada dan bukan menggantikannya.
Khasiat paling utama di dalam tanah adalah bahan organik.Kandungan utama dalam bahan organik di dalam tanah adalah Humus dan kandungan bio-kimia yang paling aktif di dalam Humus adalah asid humid.
Walaubagaimanapun kaedah pertanian moden telah mengabaikan penggantian dan penjagaan humus apabila mereka sentiasa meningkatkan kualiti penggunaan baja dan hormon berasaskan bahan kimia tahun demi tahun tanpa pengawalan.Amalan ini telah mempercepatkan guna pakai humus (bahan yang menyerap dan menyimpan baja yang terlarut)
Dengan meningkatkan penggunaan baja kimia,tanah berhadapan dengan ancaman ekonomi dan ekologi yang perlu di beri perhatian serius.
Bagi mengatasi masalah ini para pengusaha tanah serta pekebun kecil,sektor perladangan sawit harus mengubah sikap mereka bagi memastikan kesuburan tanah terpelihara dengan baik dan seterusnya mampu meningkatkan hasil pertanian.
Satu isu yang perlu dipertimbangkan adalah apakah bahan organik yang boleh bertindak dengan cepat dan berkesan bagi merawat dan membantu mengembalikan kesuburan tanah juga seterusnya mampu meningkatkan pengeluaran hasil