Produk
PENGENALAN
PENGENALAN
Proses peningkatan hasil pertanian haruslah melalui peningkatan kecekapan penggunaan sumber alam khususnya tanah dan air. Ianya boleh dicapai melalui motivasi saintifik seperti dalam bidang pembiakbakaan tanaman, mekanisasi rekabentuk ladang, infrastruktur, peningkatan kualiti pengurusan ladang, penggantian tenaga buruh dengan mekanisma automasi, penggunaan sistem pengairan moden, amalan kawalan serangga perosak dan rumpai yang berkesan serta penggunaan baja.
PERTANIAN BIOTEKNOLOGI/ORGANIK
Dalam bidang pertanian berasaskan bioteknologi, penggunaan baja bersifat organik menjadi salah satu langkah alternatif dan juga suatu kemestian dengan mengetepikan elemen-elemen yang berkaitan dengan kimia berbahaya. Penggunaan baja organik adalah selamat dan memberi impak yang cukup maksima terhadap penghasilan tanaman samada dari segi kuantiti mahupun kualitinya
KEPALBAGAIAN BAJA ORGANIK
  • Baja organik sebatian yang dicampur unsur-unsur seperti boron, manganese dan sulfat.
  • Baja organik yang diproses dari sumber asli dalam bumi seperti ZEOLITE, Asid Humic dari arang batu fosfat larut serta rumpai laut dan lain-lain.
  • Baja dari mikro organisma berkesan (EM) dan campuran humus
  • ZEO G5
                                                                                                       
                                                                                                                                                             Download Phamplet   
    Pengenalan Produk
    ZEO G5 adalah pilihan terbaik bagi industeri pertanian yang memfokuskan terhadap produktiviti tanpa meminggirkan pemuliharaan alam sekitar. Sifat natural organik yang dimiliki oleh ZEO G5 mementingkan kesetabilan dan keselamatan biologi serta ekologi agar bumi pertanian negara sentiasa subur.
     
    Worldwide Fertilizers (M) Sdn. Bhd. amat yakin bahawa produk ZEO G5 yang bebas kimiai ini mampu menyumbang kepada budaya pertanian yang sihat dikalangan para pengusaha.serta membantu pengualaran hasil pertanian yang berkualiti tinggi.
    Kelebihan
  • Merangsang Porpulasi Mikrob.
  • Meningkatkan Aktiviti Biologi Tanah.
  • Meningkatkan Tahap Kesuburan Tanah.
  • Memperbaiki Struktur Tanah Yang Telah Rosak.
  • Memperbaiki Tahap Penyimpanan Air Pada Tanah.
  • Memperbaiki Tahap Pengudaraan Pada Tanah.
  • Meningkatkan Hasil Tanaman.
  • Cadangan Penggunaan  
    Tanaman Kontan 100kg - 150kg /ekar
    Tanaman Buah-Buahan 150kg – 200kg / Ekar
    Kelapa Sawit 150kg – 200kg / Ekar
    Getah 150kg – 200kg / Ekar
    Padi 150kg – 200kg / Ekar
    Koko 150kg – 200kg / Ekar
    Nenas 200kg – 300kg / Ekar
    ORGANIK G6
                                                                                                       
                                                                                                                                                             Download Phamplet   
    Pengenalan
    Worldwide Fertilizers (M) SDN.BHD telah menghasilkan Baja Organik G6 dengan bentuk berbutir yang amat sesuai digunakan untuk semua jenis tanah. Organik G6 dirumus khas dan diperkayakan dengan bahan-bahan pemulih tanah dan unsur surih (TE) yang lengkap bagi memulih dan menyuburkan kembali tanah-tanah pertanian terutamanya tanah sawah, tanah kebun dan ladang yang telah digunakan berulang kali. Dikeluarkan dalam bentuk berbutir (granular) bagi memberi kesan yang lebih efektif dan ekonomi
    Kelebihan
    Organik G6 ini mengandungi kandungan organik yang tinggi serta diperkayakan dengan pelbagai sumber mineral yang amat diperlukan oleh tanaman. Penggunaannya juga akan menggalakkan penghidupan pelbagai organisma berfaedah bagi menyuburkan tanaman. Secara khususnya, kebaikan penggunaan baja organik G6 ini adalah seperti berikut:-
    A. Memperbaikki Struktur Tanah
  • Membantu pembentukan aggregat tanah.
  • Menambah keronggaan tanah supaya ketelapan air dan udara serta membantu penyerapan air dan pegangan nuterien yang lebih baik.
  • Menambah keupayaan penukaran kation (CEC).
  • B. Kesan Pengambilan Baja Yang Lebih Cepat.
  • Meningkatkan kadar pengambilan nutrien Nitrogen.
  • Mengurangkan pengikatan Fosforus sedia ada.
  • Mengurangkan larut resap nutrien Kalium ke dalam tanah.
  • Mengaktifkan unsur-unsur ”mikronutrien” dalam tanah.
  • C. Mempercepatkan Tumbesaran Tanaman.
  • Meningkatkan kadar penafasan dan menggalakkan aktiviti enzim tumbuhan – phenolase.
  • Meningkatkan perkembangan tisu-tisu parenkima.
  • Mempercepatkan kadar pertumbuham tampang dan pucuk bunga.
  • Cadangan Penggunaan  
    Kelapa Sawit 150kg - 200kg /ekar
    Getah 150kg – 200kg /ekar
    Buah-Buahan 2kg- 3kg/pokok
    SUPERB K G7
                                                                                                       
                                                                                                                                                             Download Phamplet 
    Pengenalan
    Worldwide Fertilizers (M) SDN.BHD telah menghasilkan SemiOrganik G7 ‘Superb K’ yang diformulasikan khas untuk tanaman buah-buahan terutamanya kelapa sawit. Baja ini juga memberi kesuburan pokok dan meningkatkan hasil. Ia juga menambahkan peratusan kandungan minyak sawit. Dikeluarkan dalam bentuk berbutir (granular) bagi memberi kesan yang lebih efektif dan ekonomi.
    Kelebihan
    G7 Superb K memfokuskan kepada kandungan kalium yang tnggi serta naitrogen dan juga phosporus seimbang bagi keperluan tanaman. Ianya juga amat sesuai digunakan untuk tanaman buah-buahan yang lain.
    Cadangan Penggunaan  
    Kelapa Sawit 150kg - 200kg /ekar
    Getah 150kg – 200kg /ekar
    Buah-Buahan 2kg- 3kg/pokok
    SUPERB P G8
                                                                                                       
                                                                                                                                                             Download Phamplet  
    Pengenalan
    Worldwide Fertilizers (M) SDN.BHD telah menghasilkan Organik G8 ‘Superb P’ yang diformulasikan khas untuk perkembangan dan merangsang pertumbuhan akar. Dikeluarkan dalam bentuk berbutir (granular) bagi memberi kesan yang lebih efektif dan ekonomi. Asas pembentukan G8 serta unsur Phosphorus yang terkandung didalamnya adalah 100% organik. Ini adalah bagi tujuan memaksimumkan kesan penyerapan, pembentukan dan pertumbuhan.
    Kelebihan
    Organik G8 amat sesuai digunakan semasa awal penanaman iaitu ketika memindahkan pokok dari semaian ke ladang. Kandungan unsur nutrien phosphorus yang tinggi terbukti memberi kesan yang amat positive. Ia juga boleh digunakan terhadap pokok dewasa bagi tujuan merawat dan merangsang pertumbuhan akar baru agar kesan pembajaan yang dilakukan mampu memberi impak maksimum terhadap tanaman.
    Cadangan Penggunaan  
    Anak Pokok 20gm- 30gm /pokok
    Pokok Dewasa 2kg- 3kg /pokok