- Worldwide Fertilizers (M) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milikan bumiputera
sepenuhnya dan bergiat aktif didalam industri perniagaan
berhubungkait pertanian. Syarikat amat peka terhad perkembangan
pertanian Negara dan menganggap bahawa sumber pembajaan yang
bermutu adalah merupakan faktor utama dalam usaha meningkatkan
produktiviti pertanian disamping pemuliharaan bumi pertanian
Negara.
-
Worldwide fertilizers menyedari bahawa sekian lama industri
pertanian menumpukan terhadap hasil produktiviti tanaman dengan
menggunakan sumber baja tertentu yang berasaskan kimia. Samada
disedari atau tidak ianya mendatangkan kesan sampingan terhadap
alam sekitar. Kesan terhadap itu akhirnya bumi pertanian Negara
terancam.
-
Worldwide Fertilizers akhirnya mengambil inisiatif dengan meneroka
sumber organik yang mampu diketangahkan untuk dijadikan
alternatif kepada permasalahan tersebut. Ini amat penting bagi
usaha memulihara kesegaran alam, sumber pertanian sekaligus
mengurangkan ancaman ekologi dan ekosistem di bumi ini.
-
Worldwide fertilizer yakin bahawa produk yang baik dan bermutu
mampu diketengahkan khususnya dalam pasaran Negara dan
Antarabangsa amnya.
- Menjadi sebuah syarikat yang berupaya membekalkan produk-produk pertanian khususnya dalam industri baja yang berteknologi tinggi serta berdaya maju tanpa meminggirkan aspek pencemaran yang mengancam ekologi dan ekosistem dibumi ini.
- Menjadi pembekal produk baja utama untuk pertanian khususnya didalam Negara dan amnya di peringkat antarabangsa.
- Menjadi salah satu pemasar dan pengedar baja dan perawat tanah terkemuka di Malaysia, seterusnya di persada antarabangsa.
- Menyediakan produk-produk yang praktikal dan kompetatif tanpa mengurangi aspek pengeluaran perusahaan petani samada yang diusahakan secara komersial, sederhana ataupun tradisional.
- Menyediakan produk yang berkualiti demi merealisasikan sebahagian misi wawasan 2020 agar negara mampu membekalkan sumber makanan yang mencukupi seterusnya mengurangi ancaman kebuluran.
- Menjadi sebuah syarikat yang beretika dalam pengeluaran produk-produknya agar pengguna dan masyarakat tidak lagi terdedah dengan ancaman bahan bukan organik.
- Mengutamakan kualiti dalam pengeluaran setiap produk-produknya agar dapat mengeutamakan kepuasan pelanggan. Ini adalah melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilakukan sebelum produk itu dipasarkan.
- Menyokong usaha kerajaan untuk merealisasikan bahawa “Pertanian adalah Perniagaan”.
- Memupuk semangat cintakan alam sekitar dan memelihara kesuburan alam.
- Sebagai sebuah syarikat yang mampu bersaing dan berdaya maju dalam membekalkan produk-produk yang bermutu dan kompetatif kepada pengguna seterusnya merangsang kepada pengeluaran pertanian Negara.